Penawar 1001 Penyakit

Berikhtiar Habis-Habisan Sebelum Bertawakal

BUKAN SEKADAR TABUNGAN

DEMI MASA

Annusyrah jQuery Clock

ANNUSYRAH (M) SDN BHD

ANNUSYRAH GROUP OF COMPANIES   adalah  organisasi yang berikhtiar      membuat      dan       memasarkan     AIR PENAWAR ANNUSYRAH     untuk    disalurkan     kepada   masyarakat    yang  memerlukan  bantuan  zahir dan batin.

Usaha     ini     mendapat     restu     dan      sokongan    MUFTI    dan  sebahagian  daripada  hasil  jualan   produk   dimasukkan   ke dalam tabung pembangunan kelas-kelas Bahasa Al-Quran ( Bahasa Arab).

 

  

 

 

 MAKSUD ANNUSYRAH

ANNUSYRAH  dalam bahasa Arab bermaksud " keterangan " atau " kelapangan ".

Menurut Al-Qurtubi  dalam  kitab  Al-Jami'li  Ahkam Al-Quran  mendefinasikan  Annusyrah  adalah  ibarat  kepada  satu benda yang  ditulis   padanya  nama-nama Allah  atau  ayat-ayat Al-Quran ,  kemudian dibasuh dengan air dan disapu atau diberi minum kepada  pesakit. 

Dalam  jilid  9 , halaman 318  pula menyatakan Annusyrah adalah sejenis  rawatan  istimewa   dan   mempunyai   kelebihan   tersendiri   dan  kedudukannya   adalah  tidak  lebih  daripada  wuduk Rasulullah s.a.w.

   

Annusyrah  ialah  menulis  kalimah Al-Quran di pinggan  putih kemudian dicairkan   kalimah  tersebut menggunakan air  zam-zam lalu dijadikan ubat.  Penanya dibuat dari  ranting  kayu  pokok    paku   pakis    diraut   dan  dijadikan   pena.    Dakwatnya   pula  dibuat  dari  filamen  SAFFRON / ZAFARAN  atau dalam bahasa Melayu dipanggil Kuma-kuma.

Kegunaan   kuma-kuma  dalam  masyarakat  melayu  adalah  sebagai   pewarna   untuk  nasi baryani dimana nasi akan menjadi kekuningan. Kuma-kuma dalam pembuatan nasi  baryani  hanyalah  dari   jenis  yang  murah  sahaja.  Harga  sekilo bunga Saffron ialah  RM 70,000.00  sedangkan  harga bagi sejongkong  emas tulin hanyalah RM 55,000.00.

Saffron adalah  tumbuhan  herba  yang  tumbuh   setinggi  paras  lutut  dan  hidup   subur  di  negara Iran. Saffron menjadi barang  kawalan dinegara  tersebut  memandangkan  harganya  mahal dan  khasiatnya  yang  sukar ditandingi. Herba  ini kalau  diminum  begitu sahaja  juga boleh menjadi ubat penawar bagi segala jenis penyakit.

Oleh itu hanya Saffron yang layak digunakan untuk   menulis  ayat Al-Quran diatas  pinggan  putih.  Selepas  ditulis ,  ianya dilarutkan dengan Air Zam-zam  kemudian dibaca semula dan akhir  sekali  ditutup  dengan  40  kali  bacaan yasin  serta  dilakukan  solat  hajat  kemudian diasingkan barulah dibotolkan.

Orang   yang  dibenarkan   menulis  surah-surah ini   diatas   pinggan  putih   hanyalah  yang betul-betul  pakar dan  berakhlak  baik  serta  yang  boleh dipercayai.  Ayat-ayat  ini  ditulis dengan  baik  tanpa  bersentuhan  atau  berlaku  apa-apa kesalahan. Ianya  amat  rumit dan   tidak semua orang mampu melakukannya. 

Sebahagian  daripada ayat-ayat  dari  surah-surah  yang ditulis  dan  dibaca  oleh para tahfiz ialah ;

Itulah  keunikan Air Annusyrah  yang  telah  dihidupkan semula oleh  Ustaz Abdullah Mohd Yusof  melalui  kajiannya  selama 20  tahun  dan  disokong oleh  Dato Seri Dr Hj Harrussani Bin Hj Zakaria ,  Pengerusi   Mufti  Malaysia   yang   juga  Mufti   Perak ,  Dato  Haron  Din  Al-Hafiz , Dr  Amran  Kasimin  dan Ustaz  Fauzi Deraman.

Kaedah  rawatan  pinggan putih  merupakan usaha  yang  biasa diamalkan oleh  para ulamak dan  para  sahabat  nabi   untuk  pelbagai  hajat dan  penyakit. Petikan  kata-kata  Rasulullah s.a.w  kepada  para sahabat baginda  iaitu  Saidina  Abu  Bakar , Omar , Osman  dan  Ali  r.a :  

" Telah  mengajar  kepada  aku  Jibril akan ubat yang tidak berkehendak  lagi  aku  kepada  lain-lain  ubat  dan  tidak  pula  kepada  dukun " 

Kemudian  sahabat bertanya :

" Bacakan atasnya Surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas, Ayatul Kursi tiap-tiap  satu dibaca 70 kali "

Memandangkan  keadaan  kita  yang  sentiasa  sibuk dan  sukar berpeluang untuk membaca apatah  lagi  menghafal , maka  Ustaz   Abdullah   mengambil  inisiatif   ini  dengan  matlamat utamanya  untuk   mengembalikan  umat  Islam   kejalan   Allah   dan  melakukannya  dalam  bentuk  mudah. Cuma   baca   Bismilah ,  berselawat  tiga  kali  dan Al-Fatihah satu kali serta niat mengikut hajat dan diminum , Insya Allah dikabulkan niat yang baik.

Daripada  membazir  wang   beribu   ringgit  dengan   rawatan  moden ,  lebih  baik  mencuba  kaedah  ini   yang  mengembalikan   umat  Islam  kepada  sistem   perubatan  yang  suci  dan  menyelesaikan masalah  anda  dengan kaedah yang tepat dari segi syarak.

Yang  mengedar , menjual , membeli dan menggunakan akan mendapat ganjaran pahala dan keberkatan.  Setiap  botol yang  anda  beli ,  50  sen  akan  dimasukkan  ketabung  pengajian    Al-Quran dan bahasa Arab yang dikendalikan secara percuma. 

FAKTA PALING JELAS IALAH AL-QURAN

RUJUKAN PALING TEPAT IALAH AL-QURAN

KALAM PALING MULIA IALAH AL-QURAN

UBAT PALING MUJARAB IALAH AL-QURAN

 

JAM TAWAF

Create a Free Website